PENAMPANG: Kerajaan Perpaduan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan hal ehwal rakyat termasuk menoktahkan kemiskinan, menyelesaikan isu sekolah daif dan menyelaraskan gaji penjawat awam di seluruh negara, tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemusatan tumpuan kepada aspek itu adalah amat penting bagi memastikan rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, dapat menikmati hidup yang lebih selesa.
Beliau berkata kemiskinan adalah antara isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandangkan masih ramai rakyat dibelenggu masalah itu dan termasuk dalam kategori miskin tegar.
"Alhamdulillah, sampai bulan Disember, kita hampir menyelesaikan masalah ini. Miskin masih ramai, tapi saya maksudkan miskin tegar. Kita selesaikan kerana muafakat dan kerjasama antara kementerian, pegawai di semua peringkat, kerajaan negeri, daerah dan mukim," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square di sini, hari ini.
Bertemakan "Penjaja dan Peniaga Kecil Nadi Ekonomi MADANI", karnival itu dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di negara ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata peluang anak-anak di negara ini termasuk di Sabah untuk mendapat pendidikan lebih baik perlu seiring dengan arus pembangunan dan transformasi digital dengan penyediaan infrastruktur sekolah yang lebih kondusif serta efisien.
"Tahun lalu, kita nak AI (Kecerdasan Buatan), kita nak perubahan, transformasi digital, kita nak peralihan tenaga, semua bunyinya hebat dan memukau, tetapi sekolah daif masih ada. Jadi, bagi peluang kepada anak-anak kita pergi sekolah selesa. Jangan ada sekolah dinding pecah, bumbung bocor dan tandas rosak," katanya.
Selain memberi tumpuan untuk menaikkan gaji penjawat awam tahun depan, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut melaksanakan Skim Gaji Progresif bagi menggalakkan syarikat-syarikat swasta menaikkan gaji kakitangan masing-masing.
Mengulas mengenai harga barang yang tinggi di Sabah dan Sarawak, Anwar berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pelaksanaan Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 diminta untuk membentuk satu jawatankuasa bagi mengkaji isu itu.
Anwar turut memberi jaminan untuk menangani perkara itu dengan baik termasuk memberi suntikan peruntukan subsidi supaya boleh menurunkan harga barang tinggi seperti ayam dan beras terutama di Sabah.
Dalam pada itu, Anwar mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak mendengar mana-mana ahli politik yang mengeluarkan hujah atau kenyataan tanpa fakta yang jelas.
"Jangan guna hujah orang politik. Orang politik kadang-kadang ikut sentimen untuk menarik sokongan rakyat bawah. Kadang-kadang kenyataan diputar belit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sempena perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Dataran Buhavan Square Penampang hari ini. - Foto BERNAMA
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Isu kemiskinan rakyat, sekolah daif terus diberi tumpuan tahun depan - PM
Perdana Menteri berkata kemiskinan adalah antara isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandangkan masih ramai rakyat dibelenggu masalah itu.
PRN: Isu air, kemiskinan di Kelantan perlu dinoktahkan - Ahmad Maslan
Rakyat Kelantan perlu memberi peluang kepada parti gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memerintah negeri itu sekali gus melihat sendiri perubahan yang akan dilaksanakan.
Program basmi kemiskinan di 50 lokaliti, bermula awal 2022 - PM
Program ini akan dilaksanakan secara bersasar berdasarkan keperluan lokaliti dan mengambil kira pelbagai dimensi termasuklah aspek pendapatan, pendidikan dan kemahiran serta kesihatan.
Kerajaan semak semula Pendapatan Garis Kemiskinan - PM
Kajian yang bermula pada Mac tahun ini turut akan mengambil kira Laporan End of Mission Statements oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Philip Alston baru-baru ini.